Relazz Minuman Rangsangan Tidur

Secara Keseluruhan


RELAZZ kelengkapan terbaik dalam membantu mendapatkan tidur lena yang sempurna. Tidur dengan nyenyak tanpa sebarang gangguan pada waktu malam, beristirahat dengan tenang kerana ia merupakan produk yang dirumus khas dan disokong oleh lebih daripada 300 kertas kajian.

Diimport dari salah satu negara penjagaan kesihatan terbaik dengan kajian yang dilakukan penuh dedikasi selama 15 tahun, Lactium® Susu Hidrolisat Protein adalah ramuan berjenama Perancis yang 100 % semula jadi dan mengandungi sifat penenang yang baik untuk meredakan tekanan.

Dengan gabungan terunggul Ekstrak Fermentasi Germa Beras berpaten dari Jepun, Ekstrak Biji Kurma Masam, Ekstrak Hops dan L-theanine. Relazz dapat membantu meningkatkan rasa tenang dan membaik pulih kualiti tidur untuk masa depan yang lebih cerah dan baik.

RELAZZ Manfaat


  • Membaik pulih kualiti tidur
  • Membaik pulih emosi
  • Mengurangkan punca yang mengganggu tidur, seperti keresahan, tekanan dan peluh malam
  • Melegakan kelesuan mental atau kebimbangan
  • Meningkatkan kepekaan dan kecerdasan ketika bangun pagi

Siapa Perlukan?


  • Individu yang mengalami kesukaran untuk tidur
  • Orang dewasa yang bekerja dan sering tertekan
  • Individu yang sering berasa kelesuan dan tidak tenang pada waktu pagi
  • Individu yang mengalami gangguan tidur

Amaran


  • Sentiasa baca label
  • Ikut arahan untuk digunakan
  • Tidak disyorkan semasa mengandung atau menyusu
  • Disyorkan untuk orang dewasa berumur 18 tahun ke atas
  • Tidak sesuai untuk vegan tetapi sesuai untuk mereka yang mengamalkan vegetarianisme lakto kerana ia mengandungi protein susu

Bahan Utama

Lactium® Susu Hidrolisat Protein

Lactium® Susu Hidrolisat Protein


  • Ramuan semula jadi berjenama dari Perancis, diperakui USFDA
  • Susu hidrolisat protein yang mengandungi peptida bioaktif dengan sifat penenang
  • Ramuan aktif dalam susu hidrolisat protein dapat meningkatkan aktiviti GABA, neurotransmiter yang terkenal dengan sifat penenang kerana tindak balas rencatannya pada keresahan
  • Sesuai untuk individu yang menghidapi intoleransi laktosa, tiada sebarang kesan kebergantungan apabila diambil
  • Pemenang pingat Gangsa HIE (Health Ingredients Europe) pada tahun 2004 untuk 'Inovasi Terbaik dalam Ramuan Kesihatan' & Anugerah Teknologi Ringier untuk Makanan & Minuman pada tahun 2020
  • Membantu mengurangkan gejala yang berkaitan tekanan
  • Membantu tidur lebih lama dengan mengurangkan tekanan

Ekstrak Fermentasi Germa Beras

Ekstrak Fermentasi Germa Beras


  • Daripada kulit biji benih bran beras dan germa beras yang berkualiti tinggi, Oryza Sativa Linne berasal dari Negara Matahari Terbit, Jepun
  • Diproses secara semula jadi menerusi teknologi berpaten pengaktifan enzim
  • Bertindak sebagai neurotransmiter pada ota yang mengaktifkan aliran darah dan meningkatkan bekalan oksigen sekaligus meningkatkan fungsi metabolik sel-sel otak
  • Mengurangkan gejala insomnia
  • Membantu mengekalkan keseimbangan transmiter untuk kesihatan mental yang lebih stabil
  • Menyokong fungsi sistem saraf
Ekstrak Biji Kurma Masam

Ekstrak Biji Kurma Masam


  • Salah satu herba paling terkenal dalam perubatan Tradisional Cina yang mengandungi kesan sedatif dan hipnotik
  • Digunakan untuk mengekalkan kesihatan hati dan jantung yang mengawal serta mempengaruhi kitaran tidur
  • Membantu membaik pulih keadaan yang boleh mempengaruhi tidur seperti keresahan, minda yang terlebih bekerja, kebimbangan dan peluh malam
Ekstrak Hops

Ekstrak Hops


  • Digunakan untuk tujuan perubatan seawal 736 SM oleh sami Jerman
  • Salah satu penggunaan pertama Hops adalah untuk merawat insomnia, tekanan dan keresahan dengan kesan sedatif sederhananya
  • Dalam perubatan tradisional, bunganya yang dikeringkan disarankan untuk rawatan gangguan tidur serta kebimbangan
L-THEANINE

L-THEANINE


  • Asid amino semula jadi yang serupa dengan glutamat, di mana ia dapat membantu menghantar impuls saraf di dalam otak
  • Pelbagai kajian menunjukkan bahawa L-theanine dapat membantu individu untuk rasa tenang sebelum waktu tidur dan lebih mudah untuk tidur dengan kualiti tidur yang lebih baik
  • L-theanine turut dapat membantu individu berasa lebih tenang dengan mengurangkan kadar degupan jantung rehat
  • la membantu meningkatkan tumpuan mental
Relazz

Dos


Ambil 1 sachet satu jam sebelum waktu tidur. Goncang seeloknya sebelum minum.

( Satu Kotak 20 Sachet x 20ML )



Maklumat Pemakanan

Hidangan Sekotak: 20
Saiz Hidangan: 20 ml
  Setiap Hidangan Setiap 100ml
Tenaga (kcal) 6 32
Karbohidrat (g) 1.3 6.7
Jumlah Gula (g) 0.6 3.1
Protein (g) 0.2 1.2
Lemak (g) 0.0 0.0

Sumber Berkaitan

Relazz merupakan minuman botani tersedia yang dapat membantu meningkatkan rasa tenang dan membaik pulih kualiti tidur untuk masa depan yang lebih cerah dan baik.